BERITA TERKINI QKM CONSULT
|
*** Program di atas adalah tertakluk pada pindaan
Klik di sini untuk maklumat lanjut : |
|---|
|
BERITA KEJAYAAN (SUCCESS STORIES)
Lima Kumpulan KIK yang mengikuti program 'coaching’ yang dikendalikan oleh Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Mohd Hussaini Morid, telah berjaya memenangi tempat di Konvensyen KIK samada peringkat kebangsaan, kementerian, jabatan dan agensi.
Meraikan kejayaan bersama YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Dua kumpulan KIK dari negeri Sarawak iaitu Kumpulan Q-INNO dari JKR Bintulu Sarawak (kategori teknikal) dan Kumpulan SKIP dari Perbendaharaan Negeri Sarawak (kategori pengurusan) menjadi Johan di Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Sektor Awam 2012 yang berlangsung di Porto Malai, Langkawi pada 5-7 November 2012.
Kumpulan KIK KK8 dari Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor yang melaksanakan projek bertajuk “Sisa Baki Racun Pada Tanaman Sayuran Daun” telah memenangi tempat ke-2 di Konvensyen KIK Jabatan Pertanian Malaysia 2012 yang berlangsung pada 4 September 2012 lalu. Kumpulan KIK KK8 yang baru ditubuhkan dan menjalani program 'coaching' bimbingan Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Hussaini Morid bermula dari bulan Februari 2012.
Kumpulan KIK Eugenia dari syarikat konsesi lebuhraya, Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK), telah berjaya memenangi tempat ke-2 di Konvensyen KIK Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 2012. Kumpulan KIK Eugenia menjalani program 'coaching' di bawah bimbingan Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Hussaini Morid bermula dari bulan April 2012.
Kumpulan KIK H3LPS dari Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya memenangi tempat ke-3 (kategori teknikal) di Konvensyen KIK Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 yang berlangsung dari 29 Oktober -1 November 2012 di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Kumpulan KIK H3LPS telah membentangkan projek “Sistem Pengurusan Meja Bantuan ICT Sedia Ada Kurang Efisien Dan Efektif” yang menghasilkan sistem aduan dan maklumat penyenggaraan ICT melalui teknologi mobile.
Foto kredit laman web PMINT Kumpulan KIK Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Kumpulan Movement (Pengurusan) dan Kumpulan Tech-Tonic (Teknikal) telah berjaya memenangi Anugerah Emas di Mini Konvensyen On Team Excellence (KIK) anjuran MPC yang telah berlangsung pada 28 Mac 2013 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Kumpulan Tech-Tonic turut berjaya dianugerahkan sebagai "The Most Promising Innovative and Creative Circle". Kumpulan KIK PMINT telah menjalani program 'coaching' di bawah bimbingan Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Hussaini Morid bermula dari bulan November 2012. |
|---|
















